Thursday, October 20, 2011

HFMD - Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan

Tiada rawatan yang khusus.

  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan

  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-

  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

-------------------------------------------
Last 2 weeks si Fahim terkena penyakit ni....aku rasa jangkit dari sekolah...hari Jumaat tu aku balik tgk dia melepek...dia just ckp dia sakit perut...bibik ckp dia tak makan apa tapi minum air gas bergelas2...so aku assume dia sakit perut sbb minum air gas masa perut kosong...lepas aku siap masak baru aku pasan dia demam rupanya tapi tk terlalu panas....dia tak nak makan...esoknya sabtu pagi nk makan dia mengaduh sakit...rupanya mulut dia penuh ulcer....serius aku tak tau penyakit HFMD tu ada ulcer lam mulut...aku ingat ulcer biasa cam org dewasa kena....selamba la dia berkongsi air milo bagai dgn adik dia...lagi pun dia tak la melepek sgt...lps makan ubat dia segar and aktif cam biasa...

cuma masa aku mandikan fahim aku pasan tgn dia ada naik bintik2 merah...aku ingat dia nk kena chicken pox...tp naik kat tapak tgn jer...ada la 3-4 biji...ulcer dia makin teruk...sbb manjang dia jerit sakit...especially nk makan...sian plak...hari Ahad petang baru kitorg bawa dia p klinik..sian pasal ulcer tu....sekali doc kata ni sakit tangan kaki dan mulut....melopong aku...terjerit la jap....ahahahaha sbb aku dgr sakit tu berjangkit...and we all tk de pun ambil apa2 langkah berjaga2....doc rileks jer ckp...eh naper awak terkejut...sakit ni biasa....jgn risau...cuma kena jaga la sbb berjangkit...aduhhh aku risau sbb si yasmin nk exam...si afia pun aku risau sbb dah berkongsi-kongsian minum....part jangkitan udara aku tk risau sgt sbb aku ada rainbow...so aku bleh pasang seharian...letak ubat bakteria tu...tp sbb dah thru air liur tk dapek nk nolong....

elok fahim kena 6 hari.....afia take over...owh siannyer mulut dia penuh ulcer...demam tk berapa...so same as fahim tk melepek sgt....mmg dh jangka...cuma aku doa yasmin tk kena...exam final woooo...so aku prevent dari berkongsi makan minum jer la...udara alhamdulillah dgn izinNya aku guna rainbow jer....aku kena batuk selsema pun alhamdulillah dgn izinNya pun tk jangkit kat anak2 aku even tido sebilik...so berbaloi la beli ranbow yg mahal nk giler tu....




1 comment:

Jom baca...

Related Posts with Thumbnails